Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Mei 30, 2015

HOT!! : NIK AMAR JAWAB KENYATAAN CALON PRESIDEN PAS...

Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan masih terlalu awal untuk menilai keikhlasan dan kesediaan Umno dan kerajaan Pusat dalam isu pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menurutnya, persoalan ikhlas atau tidak itu terlalu subjektif dan tidak siapa yang mengetahui adakah Umno bersedia dan ikhlas dalam melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II itu ataupun sebaliknya.

“Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.

“Dalam isu ini saya melihat skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudud. Sebab masa ada lagi, jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu kita kena tunggu lah dulu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau hadir merasmikan Kutipan Derma Pembinaan Fasa II Masjid Mukim Panji, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.

Beliau diminta mengulas kenyataan calon Presiden Pas, Ahmad Awang yang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam melaksanakan hudud di Kelantan.

Mohd Amar berkata, pelaksanaan hukum tersebut bersifat teknikal, maka kesediaan daripada pihak kerajaan merupakan skop yang amat penting.

Jika pihaknya tidak bersedia lagi, kemungkinan juga pembentangan di parlimen akan turut terkesan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan ahli Pas tiada hak untuk menghalang beliau daripada terus mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar mempersoalkan adakah pihak DAP juga bersedia jika Pas membuat serangan balas di atas apa sahaja serangan yang dilemparkan pada parti itu sedangkan ia hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja.

“Kalau macam itu, kita pun boleh mengkritik dia (DAP) jugalah, adakah dia (Lim Guan Eng) nak kita kritik dia balik, sepatutnya kena ada hormat.

“Pertamanya sebab kita sama-sama dalam PR. Mengkritik dengan bahasa yang keras dan kasar itu tidak sesuai, ‘strong words’ yang menyebabkan hati kita terluka. Kalau kita membalas dengan cara negatif juga, apa yang akan berlaku. Kita pun pandai juga,” tegasnya.

Mohd Amar turut memberitahu, Pas terkilan dengan serangan yang dilakukan tersebut dan berharap rakan komponen PR itu lebih berhemah dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan cuba mengawal keadaan, bukannya bertalu-talu menyerang Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya menjelang muktamar minggu depan.

sh

IKLAN : BUAT DUIT RAYA BANYAK DI http://www.toneexcel.biz/867368

5 ulasan:

  1. semasa ada tgna dia tak berani cakap begini! lebih takut tgna drpd Allah. alahai

    BalasPadam
  2. Kalau presedeng PAS membaruakan orang boleh tapi bila orang menegur balik dikatakan kritik apakah faham pemimpin PAS ini adakah berfahaman secara islam atau skularisma karlmark

    BalasPadam
  3. woi nik amar, pi bantu mangsa banjir yg masih duk dlm khemah tu lagi baik.. mcm mana manusia cap ayam blh jadi TMB ye?

    BalasPadam
  4. sah ulamak tolol nak bersama umno. undi ulamak tolol satu undi untuk nuawa umno

    BalasPadam
  5. Rakyat terutamanya rakyat kelantan dah lama dahagakan hudud kerana mereka lebih tahu nilai islam jika dibandingkan dgn dap.. bukan kita x pernah dakwahkan dap.. dah byk kali.. kita tak kesah kalau dap tak mahu terima dakwah kita.. yg kita kisah ialah bilamana mereka cuba menaja beberapa pemimpin tinggi pas utk jatuhkan kepimpinan sediada.. yg terbaru ada pemimpin tertinggi menyindir presiden pas pasal kes terengganu kalah pd tahun 2004 tanpa mengulas sedikit pun pd tahun yg sama karpal singh dan lim kit siang juga tewas manakala TGHH sendiri tetap menang di dun dan di parlimen (mungkin risau hilang jawatan pengerusi di PBA)!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...