Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Mei 21, 2015

HOT!! : LKS BUAT HAL LAGI...

 Lim Kit Siang

SHAH ALAM - DAP menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berbahaya dan akan melemahkan proses pembinaan negara bagi membentuk masyarakat harmoni berbilang agama dan budaya.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak menyangka  Presiden Pas itu  sanggup menggunakan alasan  menyatakan kemarahan terhadap parti itu kerana membantah pelaksanaan hudud.

“Dia (Abdul Hadi)  tidak jujur dan  ikhlas  apabila terus menerus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus  PR  yang menjadi sebab kenapa Majlis Pimpinan  Pakatan Rakyat berada dalam krisis dan tidak bermesyuarat lebih tiga bulan.


"Abdul Hadi secara unilateral dan sewenang-wenangnya mengabaikan keputusan majlis pimpinan, atau membatalkan pandangan pemimpin Pas yang mewakili beliau,” katanya.

Menurutnya,  perbuatan tidak jujur Abdul Hadi  berlaku sewaktu PRU12  apabila beliau memberi kuasa kepada calon-calon Pas untuk bertanding di enam kerusi  Dun yang diperuntukkan kepada PKR, mengakibatkan pertembungan tiga penjuru serta kekalahan bagi  PR di kerusi berkenaan.

sh

4 ulasan:

  1. cina kuat berpegang kepada undang2. yang suka belok2 selalunya si mim yg kononnya slam

    BalasPadam
  2. Haji Hadi kata UG ada ... pemimpin tau .... Majlis syura kata tak ada.... dua dua berlabel pemimpin islam dalam satu rumah .... mana satu rakyat nak percaya...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...