Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia. Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara.
Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?
Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.
Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.
Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah.
Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?
Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka.
Dr MAZA/http://muktamarpas61.blogspot.com
Saya pun sependapat dengan Dr. Maza..jika ini impian kenegaraan Pas, saya juga tidak mampu utk mengundi pas
BalasPadamOrang Islam yang mati dimandi, dikafan dan disembahyang oleh orang Umno pun ramai di Malaysia ni. Di serata dunia tiada pun orang PAS tapi ok je.
BalasPadamMokhtar snake ke tu?
BalasPadam