Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sekali lagi mengulangi bahawa hukumnya harus untuk kerajaan mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pengerusinya Tan Sri Abd Shukor Husin berkata majlis itu tidak menafikan bahawa terdapat golongan kurang bernasib baik dan oleh kutipan cukai boleh membantu mereka.
Katanya, setelah mengkaji pandangan berbeza-beza yang dikemukakan ramai sarjana, MFK berpendapat harus mengenakan GST dengan beberapa syarat.
Antara syarat itu, kata Shukor, kerajaan harus komited menegakkan syariat Islam, terdapat keperluan kewangan dan demi kebaikan awam dan bukan untuk tujuan maksiat.
Muzakarah Jawatankuasa MFK yang bersidang pada Oktober 2014 membuat keputusan mengharuskan pemerintah mengutip GST selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.
Bagaimanapun, pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak, antaranya ketika kerajaan memerlukan sumber kewangan, bebanan cukai dikutip secara adil dan dibelanjakan untuk maslahah ummah.
Fatwa itu bagaimanapun dicabar oleh ulama PAS, termasuk Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
mk
Ulasan admin :
Hujah yang MFK pakai tidak kena pada tempatnya...MFK tak nampak ke kemewahan najib dan rosmah membelanjakan wang negara sesuka hati....jelas sekali meraka ini adalah golongan yang di beritahu oleh Nabi adalah kerajaan zalim (kerajaan mengigit).
Boleh tak kita bayangkan jika majlis fatwa kata GST tu haram?
BalasPadamkalaulah MFK berani menyatakan kebenaran ...alamat hilang jawatan lah lebai2 tuh...tak da keroje lg le yop...mengango le jwbnya... sebab rezeki dema umgok yg bagi... tu yg dok anggok2 geleng2...
BalasPadam