KUALA TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya memberi sokongan dan peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat dan bukan melakukan kritikan secara terbuka.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau secara peribadi berpendapat peluang itu perlu diberikan berdasarkan tempoh kepimpinan Najib yang disifatkan masih baharu.
“Bagi pandangan peribadi saya, sepatutnya Najib diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat kerana kita sedia maklum, ketika beliau menerima tanggungjawab itu keadaan kerajaan tak sekuat mana.
“Kita sedia maklum, zaman Tun Mahathir sendiri pun pernah alami pasang surut. Itu fenomena dan pengalaman yang perlu dihadapi semua pemimpin. Tun Mahathir galas jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, jadi Najib baru enam tahun,” katanya.
[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya hanya mahu Najib jawab soalan rakyat' ]
Ahmad Razif berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tun Mahathir dalam tulisan di blognya yang mendakwa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Najib.
Dr Mahathir turut meramalkan Umno dan BN akan kalah dalam PRU14 kerana terlalu banyak tuduhan dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya, termasuklah kes pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Justeru, Ahmad Razif berkata, beliau amat berharap agar Tun Mahathir dapat memberikan sokongan penuh kepada Najib dan dapat berbincang secara baik serta berhenti melakukan kritikan secara terbuka.
“Saya berharap Tun Mahathir dapat memberi sokongan penuh kepada Najib kerana dalam keadaan ini, kita tak perlu menuding jadi sebagaimana slogan dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB), kita tak boleh jadi ‘bangau oh bangau’.
“Apa yang perlu kita lakukan sekarang, dalam keadaan ekonomi kita yang tak berapa stabil ini ialah bersatu,” katanya.
Beliau berkata, kini, bukan hanya Umno sahaja yang menghadapi isu, malah di pihak pembangkang pun berhadapan dengan isu mereka sendiri.
“Mereka cuba tutup isu mereka pada hari ini dengan menyerang Umno. Sebab itulah saya harap semua pemimpin Umno dapat bersatu bersama Najib bagi hadapi sebarang isu dan segala apa masalah yang timbul,” katanya.
sh
Bersangka baik dengan saranan Tun Mahathir tu, nak buat macam mana, dah dulu puak UMNO sokong setuju cara tu kan.. Pakat sokong PM DS Najib tu bagus, tapi apa-apa bersihkan dulu tuduhan, jawab dengan kemas segala soalan Tun M. jgn berselindungn disebalik kuasa, polis dan mahkamah.... tak bagus cara tu... Cukup-cukuplah kaitkan pembangkang dalam semua hal semacam ni... PM dari Umno juga dah kenakan berbagai cukai termasuk GST, puak pembangkang yg dok ada lebih dari 50% penyokong tu pun bayar juga semuanya cukai-cukai yg hangpa kenakan tu. So jgn cari gadoh dgn depa , depa bangkang-bangkang semua cukai depa bayar yg puak Bn kenakan tau... hangpa projek dapat dan semua kemudahan dapat. Bersyukurlah... Apa yg penting puak hangpa jgn bawa kami semua masuk neraka sudah laa. Nanti kat neraka..puak hangpa yg memulangkan paku buah keras kpd kami plak no. dah tahu kenapa sokong juga. Macam iblis menuding jari kat kita semua bil kita hentam dia dkt Mahkamah Allah.
BalasPadam