SHAH ALAM - Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) mengadu
menerima notis daripada pihak pentadbiran universiti mengenai kenaikan
harga yuran pengajian, yuran asrama dan yuran berkaitan yang didakwa
susulan pelaksanaan GST yang akan bermula esok.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohammad
Fazril Mohd Saleh berkata, ini menyebabkan kos sara hidup mereka semakin
meningkat.
"Kerajaan berjanji beberapa barangan dan perkhidmatan dikecualikan
daripada GST. Antaranya sektor kesihatan, pengangkutan awam dan
pendidikan.
"Namun, kami meragui kesan pengecualian GST ke atas perkhidmatan
tersebut kerana penyedia perkhidmatan tetap dikenakan GST dalam kos
pentadbirannya. Walaupun pengguna perkhidmatan dikecualikan dari GST
tetapi harga perkhidmatan akan tetap dinaikkan dan mahasiswa akan
menjadi mangsanya," katanya.
Katanya, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikurangkan, menjadikan pelajar tertekan.
Hujung tahun lalu, PTPTN mengumumkan jumlah pembiayaan baharu untuk
pelajar IPTA dikurangkan lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar IPTS
mulai 1 November 2014.
sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...