SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad ditahan polis kira-kira jam 3.20 pagi tadi di rumahnya, difahamkan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan penahanan itu melalui kemas kini status Twitternya, awal pagi tadi.
“Penangkapan terbaru Ahli Parlimen Shah Alam subuh ini di bawah Akta Hasutan dan pemimpin-pemimpin PKR yang masih ditahan amat tidak wajar,” tulisnya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang ditahan kelmarin telah pun dibebaskan malam tadi.
“Tuan Haji Mat Sabu dibebaskan jam 11.30 malam. Beliau telah ditahan hampir 23 jam,” tulisnya di Twitter.
Sebelum ini, Mohamad ditahan setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man untuk minum di sebuah restoran berdekatan Pekan Sungai Dua.
Beberapa pemimpin PKR yang turut ditahan polis sebelum ini termasuk Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...