Rang Undang Undang Mahkamah Syariah/EJS/Hudud - Penjelasan YB Dr Mohamed Fadzli Hassan (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan)
Untuk makluman ikhwah semua, tanggapan mengatakan pimpinan PAS tidak membuat penjelasan kepada pimpinan PR tentang Rang Undang Undang Mahkamah Syariah/Hudud adalah tidak betul. Ana sendiri sudah 3 kali bersama dengan Pimpinan PAS Pusat dan Pimpinan Kerajaan Negeri berjumpa pimpinan PR menjelaskan tentang Hudud. Sekali di HQ DAP di Cheras. Semua pimpinan atasan PR hadhir dan dipengerusikan oleh DSAI. Kemudian di HQ PAS KL dan akhir sekali di bangunan Parlimen baru baru ini. Pimpinan lain sperti Dato Nik Ammar dan Dato Taki hadir tidak kurang dari 4 kali.
Mereka (Pimpinan PR) sudah jelas tentang Hudud dan pendirian/stand kita.
Di perjumpaan terakhir di Parlimen baru ni tidak ada pun keputusan
dibuat supaya PAS jangan bentangkan Hudud di DUN Kelantan. Sebalik kita
tegaskan kita mesti kena bawa sebab telah diluluskan oleh Majlis Ulama
MAIK dan mendapat perkenan dari Baginda Sultan.
Mereka minta kita ubah dengan menyebut perkataan pindaan. Pada awalnya kita agak keberatan kerana kita terpaksa sebut satu persatu pindaan yang kita buat apabila Menteri Besar Kelantan buat pembentangan dalam DUN. Tetapi mesyuarat JK PAS Pusat esok bersetuju sebagaimana yang mereka cadangkan. Terpaksalah kita pinda banyak perkara. Itulah antara sebab mengapa kita kena buat pembetulan. Tiba tiba apabila diluluskan dalam DUN keluar kenyataan kita tikam PR dari belakang dengan meneruskan pindaan tersebut dengan alasan mesyuarat PR memutuskan tidak teruskan Sidang DUN. Tidak ada langsung keputusan begitu.
Untuk pengetahuan ikhwah semua, 3 kali ana berhadapan dengan mereka, sikap mereka sangat keras dalam setiap kali perjumpaan. Dalam perjumpaan terakhir baru ni, mula saja mesyuarat, mereka terus mahu mesyuarat majlis PR buat keputusan supaya Hudud dikeluarkan dari agenda parti gabungan PR.
YB DR MOHAMED FADZLI HASSAN
24 Mac 2015

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...