Menurut beliau, pelaksanaan cukai yang
menggantikan sistem percukaian lama itu akan memberikan manfaat kepada
rakyat memandangkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna
pakai sebelum ini mempunyai banyak kesan buruk.
Malah menurut beliau, kerajaan tekad meneruskan pelaksanaan cukai ini walaupun ada banyak pihak yang mempertikaikannya.
“GST ini akan diteruskan walau siapa pun
kata, cukai ini akan tetap diteruskan sebab GST ini yang pentingnya
ialah untuk kita mengubah sistem percukaian negara daripada sistem SST
yang tidak lagi berkesan dan banyak keburukan,” katanya ketika ditemui
wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, beliau enggan
mengulas berkenaan laporan portal media tempatan semalam yang mendakwa
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan
menangguhkan pelaksanaan GST demi mengekalkan sokongan rakyat.
“Berkenaan Tun Mahathir itu betul ke
beliau cakap begitu? Tidak betul kan….sensitif nak komen berkenaan orang
yang sangat saya hormati,” katanya.
Semalam, Mahathir berkata rakyat berhak untuk meminta kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan yang dikenakan melalui cukai.
“Ia adalah hak rakyat untuk bertindak
balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan…
‘jangan tambah apa-apa cukai lagi’,” katanya bekas Perdana Menteri itu
semalam.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Kementerian Kewangan akan menjawab soalan mengenai isu 1MDB kepada tiga bahagian.
Menurut beliau, keputusan ini diambil
ekoran terlalu banyak soalan yang diajukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat
berhubung syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
“Tadi sudah dijawab oleh menteri dan
beliau kata akan jawab lagi dua soalan yang mana beliau kata beliau akan
pecah soalan 1MDB kepada tiga bahagian.
“Ini bererti beliau akan menjawab dua
lagi soalan berkenaan 1MDB dalam sesi ini. Jadi oleh kerana soalan
berkenaan 1MDB ada banyak, 20 lebih soalan maka kami di Kementerian
Kewangan memutuskan jawapan akan dipecahkan kepada tiga kali jawapan,”
tambahnya.
trp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...