Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Mac 18, 2015

HOT!!! : CUKAI GST LAGI KELUHAN NGO..

GST

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Syarikat penyedia perkhidmatan pengeluaran wang tunai antara bank, MEPS dan bank-bank lain diminta tidak mengenakan caj enam peratus ke atas perkhidmatan itu susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, setakat ini, tiada syarikat perbankan yang mahu menanggung caj tersebut.

“PPIM dan Gabungan Pengguna Islam Malaysia meminta pihak Bank Negara agar menasihati dan meminta kerjasama pihak MEPS dan bank-bank berkaitan untuk bertimbang rasa supaya tidak mengenakan caj itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


‎Menurutnya, syarikat perbankan di Singapura misalnya bersikap lebih bertimbang rasa dengan menanggung caj tersebut bagi meringankan tekanan kepada pengguna serta menyokong usaha kerajaan mereka.

“Pengecualian ini boleh dianggap sebagai satu usaha tanggungjawab sosial korporat yang prihatin.

“Bank-bank dan juga syarikat yang telah mendapat manfaat puluhan tahun dengan keuntungan luar biasa seharusnya pandai mengambil hati pelanggan dan harus kelihatan bersama kerajaan dalam isu ini,” katanya.

sh

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...