Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Februari 21, 2015

WOOWW!! : PEGUAM UMNO/BN/SAIFUL MEMALUKAN DAN MENGHINA MAHKAMAH....

 

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa telah menghina mahkamah dengan mendedahkan keterangan secara tertutup di mahkamah kepada umum, kata pensyarah undang-undang Universiti Malaysia, Gurdial Singh Nijar.

Katanya, apabila bukti mahkamah memerintah keterangan diberi secara tertutup (in camera), maka butiran itu tidak boleh didedahkan di luar mahkamah.
 

Prosiding secara tertutup adalah ia didengar di hadapan hakim di mana orang ramai dan media tidak dibenarkan berada dalam dewan mahkamah.

Sebab itulah, kata Gurdial, keterangan tersebut tidak boleh dilaporkan oleh akhbar dan sesiapa saja.

Apabila keterangan ini didedahkan kepada umum, maka perintah mahkamah itu telah dilanggari, katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, ia jelas menghina mahkamah dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara, denda atau kedua-duanya.

Gurdial (kanan) mengulas mengenai Shafee, yang mendedahkan di sebuah forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno, Selasa lalu, butiran berhubung dakwaan pelakuan seks antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Shafee, yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mengendalikan pendakwaan kes itu, memberitahu forum tersebut butiran yang diberikan oleh pengadu, Saiful, secara tertutup.

Gurdial menambah ia terpulang kepada peguam negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.

Perkara itu juga, katanya, boleh dibawa ke perhatian mahkamah oleh orang lain yang berkepentingan dalam prosiding itu atau sesiapa yang mengetahui mengenai tindakan menghina mahkamah itu.

"Mahkamah juga boleh memulakan prosiding dan merangka pertuduhan terhadap mana-mana orang yang melanggar perintah mahkamah atas inisiatifnya sendiri."

Sementara itu, peguam dan pakar perlembagaan Syahredzan Johan menyifatkan pendedahan Shafee mengenai keterangan yang diberi secara tertutup, sebagai perbuatan "mencemarkan nama baik atas alasan perbincangan undang-undang".

Menurut Syahredzan, terdapat sebab-sebabnya mengapa prosiding dibuat secara tertutup.

"Anda tidak mahu aspek tertentu prosiding didedahkan kepada umum,” katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, tambahnya, peguam yang terlibat dalam kes itu - sama ada timbalan pendakwa raya atau peguam - untuk mendedahkan apa yang merupakan sebahagian daripada keterangan secara tutup kepada umum.

Jika tidak, tegas Syahredzan, seluruh maksud prosiding mahkamah secara tertutup itu tidak bermakna.

mk 

IKLAN PENAJA : KEDAI IKLAN ONLINE, BACA IKLAN PUN DAPAT BONUS RM400.00 DAFTAR NOW!!!

2 ulasan:

  1. HINDU PARIA YANG LAKHANATULLAH INI YANG SEBIGINI RUPA MEMANG JADI BAHAN KEGUNAAN PUAK UMNO YAHUDI .BUKAN INI SAJA GST,BANYAK HINDU PARIA. YANG MASUK ISLAM JAP JAP TU PUN ADA ENTAH ENTAH KANTAN PUN BELUM KHATAM JAUH PANGGANG DARI API.NEGARA INI DAH DIROSAK OLEH GOLONGAN PENJENAYAH SAPERTI NAJIB DAN SETAN SETAN NYE.JADI DIA GUNAKAN HINDU PARIA NI UNTUK MEMBELA DAN MENUTUP KESALAHAN YANG MEREKA LAKUKAN..PUAK NI DIA SURUH PUSING CAKAP LIDAH BERCABANG.GST,1 MDB,SERTA KSN YANG KITA BOLEH NAMPAK.DENGAN CUKUP JELAS.YANG PALING HAIRAN PUAK MELAYU MASIH TIDAK MAU LANGSUNG MENENTANG DENGAN PERLATIKAN INI.YANG LAGI HAIRAN PUAK INI BOLEH MENGKHIANAT PEGAWAI PEGAWAI KAKITANGAN KERAJAAN ANAK ANAK MELAYU.YANG RENDAH DARI MEREKA.DAN LAGI MEREKA SETUJU WALAU PUN TAHU PENJENAYAH INI MEMPERLEKEHKAN ORANG MELAYU.BANGSAT SUDAH NEGARA MENGKHIANATI ORANG MELAYU

    BalasPadam
  2. Kita cari redha Allah je kata ulamak pas. Peduli apa tu semua.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...