PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, beliau tidak beredar meninggalkan bilik mahkamah bila Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan 'serangan' terhadap beliau dan empat hakim lain yang mengekalkan sabitan sodominya Selasa lepas.
"Pendekatan saya mudah. Bila saya rasa ia tidak adil, saya hanya beredar. Kami boleh tangguhkan perbicaraan dan itu yang saya lakukan. Menangguhkan perbicaraan.
"Saya 'bukan cabut'", kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
"Saya tangguhkan perbicaraan untuk menenangkan suasana," kata Arifin, dan menyatakan beliau tidak mendengar apa yang diperkatakan Anwar pada hari itu.
Ditanya sama ada beliau ada berasa hati dengan Anwar, Arifin menjawab beliau tidak menyimpan "perasaan" terhadap sesiapa dan beliau menjalankan tugasnya
dengan penuh ikhlas.
Tentang sama ada akan diambil prosiding komital terhadap Anwar berikutan kenyataannya mengenai badan kehakiman semasa mitigasi pada 10 Feb, Arifin berkata tidak ada komen, dan menegaskan itu hal lain dan beliau tidak tahu.
Pada 10 Februari lalu, Arifin dan empat hakim lain yang membicarakan rayuan Anwar terhadap sabitan sodominya beredar meninggalkan bilik Mahkamah Persekutuan bila pemimpin pembangkang itu menyelar mereka dari kandang tertuduh, menuduh mereka bersekongkol dengan tuan politik mereka. sambungan sini
sh
iKLAN PENAJA : Kedai Online http://biz55.lot.my baca iklan pun boleh dapat bonus..daftar sekarang jangan tunggu sampai esok...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...