PAS meminta dasar berhubung pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka dikuatkuasakan di semua negeri di negara ini.
Ini berikutan tindakan Kerajaan Negeri
Melaka yang menguatkuasakan pengharaman jualan minuman keras di kedai
serbaneka yang turut mendapat sokongan PAS.
Perkara itu dinyatakan tiga Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, Datuk Dr. Khairuddin Aman
Razali at-Takiri dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu
kenyataan bersama hari ini.
“Kami menggesa agar polisi kerajaan negeri berkaitan arak dapat diselaraskan di seluruh negara.
“Malah, setiap usaha untuk membebaskan umat Islam daripada industri arak wajib disokong bersama,” menurut kenyataan itu.
Malah, PAS dalam kenyataan tersebut turut menghargai usaha menjaga kesucian Islam, dengan melaksanakan penguatkuasaan itu.
“Kita menghargai usaha untuk menjaga
kesucian Islam dan membantu umat Islam daripada terjebak dalam industri
yang diharamkan dalam agama.
“Ini secara tidak langsung membantu individu-individu yang terbabit mendapatkan sumber rezeki yang halal,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...