Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat
di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada
tokoh politik dan agama itu.
Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.
Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer.
Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini.
Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan.
LAPORAN LANGSUNG
9.05am: Setiausaha Agung PAS Datukl Mustafa Ali berucap kepada hadirin dari dalam masjid.
Beliau berkata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut hadir selepas tiba dari Pulau Pinang pagi ini.
Beliau juga berkata pemergian Nik Aziz secara kebetulan dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.
"Apa juga yang berlaku kepada kita, kita akan terus berjuang," katanya sambil mengingatkan mereka tentang nasihat Nik Aziz bahawa walaupun tiada lagi pemimpin, mereka mesti meneruskan perjuangan.
Ucapannya itu disambut dengan laungan "Allahuakbar"
9.00am: Jet yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
8.59am: Jenazah Nik Aziz kini berada di dalam Masjid Tok Guru. Orang ramai melaungkan takbir semasa jenazah itu dibawa.
Orang ramai diberi peluang untuk ziarah dan menatap wajah Nik Aziz buat kali terakhir.
Selain itu, ahli keluarga juga meminta supaya orang ramai tidak merakamkan gambar ketika berada di dalam masjid.
8.30am: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berucap kepada orang ramai. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang.
Beliau yang kelihatan sedih berkata, Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin besar.
Sebelum itu, pengumuman dibuat, memaklumkan bahawa jenazah Nik Aziz akan dibawa keluar dari masjid pada pukul 10 pagi.
8.20am: Suasana di dalam rumah suram dan sugul. Pada ketika ini, jenazah Allahyarham Nik Aziz sedang dimandikan.
8.15am: Sekurang-kurangnya tiga ribu orang berada di sekitar rumah Allahyarham Nik Aziz.
Terdapat sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan kediamannya. Mereka menunggu untuk menunaikan solat jenazah.
Di Jalan Long Sulaiman pula, orang ramai sedang beratur - dianggarkan sepanjang dua kilometer - menuju ke rumah Nik Aziz.
8.00am: Suasana di lapangan terbang Sultan Ismail Petra sesak dengan kehadiran orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz

Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan van khas untuk ahli
politik dan media dari lapangan terbang ke kediaman Nik Aziz di Pulau
Melaka. Kenderaan khas yang disediakan sebanyak kira-kira 10 buah,
digunakan bagi memasuki jalan-jalan yang ditutup antaranya di
persimpangan untuk memasuki kawasan Masjid Tok Guru di mana jenazah
dijangka akan disolatkan di situ.
Antara yang dilihat tiba dengan penerbangan awal dari Kuala Lumpur ialah ahli jawatankuasa PAS pusat Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin.
Antara yang dilihat tiba dengan penerbangan awal dari Kuala Lumpur ialah ahli jawatankuasa PAS pusat Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin.
mk
KOTA BHARU - Kediaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus
dipenuhi rakyat setempat dan luar negeri untuk turut sama majlis
pengebumian yang dijangkakan jam 10.30 pagi ini.
Seawal jam 5 pagi lagi hampir 10,000 penduduk setempat dan rakyat seluruh negeri berkumpul di depan masjid Pulau Melaka untuk mendirikan solat subuh dan membaca Yassin.
Seawal jam 5 pagi lagi hampir 10,000 penduduk setempat dan rakyat seluruh negeri berkumpul di depan masjid Pulau Melaka untuk mendirikan solat subuh dan membaca Yassin.
sh
Nak komen tapi tak dapat idea.
BalasPadamJadi nak masuk perkara di bawah. Jika admin tak benarkan silalah padam.
Aku tidak mahu komen apa2 sebab aku tak pandai dalam perkara ini. Jadi aku bukan nak komenlah disini
maaf tumpang lalu walaupun tempat tak sesuai
السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SEMUA
UMRAH PERSENDIRIAN APPL TELEGRAM
Asalnya menggunakan whatsapp (rengkasnya UP) di wujudkan pada awal 05 jun 2014, kini keahlian melebehi 400 org. Disebabkan group UP telah melebihi bilangan 50 yang dapat di tampung melalui satu group whatApp, UP mewujudkan perantara perhubungan "telegram" yg membolehkan lebih ramai ahli UP di add dlm satu group dgn nama yang sama iaitu Umrah Persendirian. Satu group telegram boleh tampung 200 pax. Kini dah ada group 3.
Apapun yg di gunakan tidaklah di kesahkan salkan matlamat dan tujuan tercapai. tujuan menyampaikan pengalaman individu atau kumpulan dari kalangan ahli yang telah menunaikan umrah cara persendirian ataupun UMRAH DIY kepada bakal jemaah yang bercadang menunai umrah cara ini. Di dalam kumpulan, terdapat beberapa orang yang telahpun menunaikan UMRAH cara UP sebelum group ditubuhkan dan ada ahli group yang menunaikan ibadah umrah selepas UP ini di tubuhkan.
Perbincangan group hanya memfokoskan pada cara hendak mendapatkan visa umrah bagi bakal jemaah persendirian, penempahan tiket dan hotel, serta cara melaksanakan ibadah umrah dan lain-lain perkara berkaitan umrah. Bagaimana pun berlaku juga muatnaik perkara lain seperti hal haji semasa musim haji ini.
UP group memang telah membantu memberi penerangan bagi bakal jemaah umrah cara persendirian dari mula sampailah kepada perlaksanaannya.
Semangat dan keinginan yang bagitu membara di kalangan ahli terhadap UP telah membawa kepada satu perjumpaan tidak formal yang telah berlangsung pada 14 sept 2014 bertempat di Dewan Mesyuarat DBKL bersebelahan Padang Merdeka Kuala Lumpur. Kehadiran dari pelbagai daerah di Malaysia, ada dari Kelantan, Johor bahkan ada yang sanggup terbang dari Sarawak selain dari lembah Klang termasuk Seremban dan Melaka. Kebetulan juga ada tiga orang yang hadir adalah ustaz yang pernah belajar di Pakistan, Mesir dan Jordan dan tinggal di Jedah menguruskan perniagaan termasuklah menguruskan para jemaah umrah persendirian. Dalam sesi taaruf memang banyak pengalaman dari para hadirin, sebelum ini kurang terdedah kepada pengetahuan umum khasnya rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah.
Dindalam group UP terdapat juga penterjemah khutbah ke Bahasa Melayu di Masjidil Haram iaitu Ustaz Aswadi yg sering memberikankan maklumat semasa di Mekkah dan beberapa pelajar lain di Mekkah. Dua pelajar Universiti Islam Madinah dan beberapa orang petugas Meccametro (ERL ARAFAH-MINA) dimusim haji yg lepas.
Jika pembaca di sini berhajat menyertai group telegram ters3but dgn syarat seorang berugama Islam dan berumur melebihi 18 tahun, bolehlah menghubungi dgn memberikan no telegramnya ke email, umrahsenang@gmail.com. Tuanpuan juga boleh menghubungi terus ke ID telegram saya @umrahpersendirian bagi yg arig sistem telegram.
Tiada apa kewangan terlibat oleh itu tiada apa bayaran di kenakan oleh UP.
Terima kasih semua pembaca dan terima kasih tuan rumah