Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Februari 08, 2015

Berita PR : Pas rai semua pandangan dalam PR

Azman Ibrahim

KUALA TERENGGANU - Pandangan yang berbeza terhadap politik perlu diraikan kerana ia disifatkan sebagai seni segala kemungkinan.

Perkara itu diakui Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang turut menggambarkan beliau terbuka menerima pandangan segelintir pihak yang melihat politik dari sudut berbeza terutama berhubung beberapa isu yang melanda PR sejak belakangan ini.

Menurutnya, ada yang meluahkan rasa kesal terhadap kemelut PR sehinggakan tidak berminat berpolitik apatah lagi untuk menjadi ahli Pas.

“Saya membaca luahan kawan yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap isu politik yang sedang melanda PR sekarang ini sehingga sebahagian mereka mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka tak berminat dengan politik dan tak pernah menjadi ahli Pas walaupun sebahagian mereka menceburi bidang dakwah.

“Saya raikan semua pandangan ini kerana politik adalah seni bagi segala kemungkinan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau menjelaskan, politik juga berbeza dengan bidang lain contohnya perniagaan yang boleh mengira keuntungan bakal diperoleh, sebaliknya modal yang digunakan dalam politik berkemungkinan hanya boleh dinikmati generasi masa hadapan.

Begitu juga dengan bidang pendidikan katanya, ia tidak bermakna seseorang yang mempunyai ijazah akan mendapat tempat lebih baik berbanding pemegang SPM.

“Kalau ditanya, apakah buku yang perlu kita baca untuk belajar ilmu politik, maka jawabnya terlalu banyak buku tetapi membaca buku belum tentu menjamin kita boleh faham politik.

“Dalam dunia matematik biasa, dua campur dua sama dengan empat tetapi tidak dalam dunia politik. Kadang-kadang hasilnya mungkin lima atau mungkin ‘zero’,” katanya.

Apa yang penting katanya, mereka yang menyertai politik perlu berjiwa kental kerana berhadapan lebih banyak masalah berbanding orang biasa dan lebih banyak kritikan berbanding pujian.

Beliau menjelaskan, keadaan itu boleh menyebabkan pemimpin politik boleh merajuk sehingga 40 kali sehari jika mereka tidak kuat menempuh cabaran politik semasa.

Sementara itu, Azman berkata, sebagai ahli Pas, beliau tetap dengan pendirian bahawa matlamat berpolitik adalah untuk menjaga agama dan bukan menggunakan agama untuk kepentingan politik.

“Politik bagi saya bermakna ‘mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama’. Karenah manusia yang sangat ramai tak habis kalau kita nak bincang,” katanya.

sh
http://biz-55.com

1 ulasan:

  1. Masaalah2 yg timbul dlm politik sepatutnya dtg dari musuh..mcm peperangan jugak gamaknya..tapi kalau masaalah dari rakan2 sendiri bukanlah seni namanya..pk lah sendiri..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...