BUTTERWORTH, 6 Februari: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian
melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam
perkarangan Masjid Telaga Air awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk
A.Thaiveegan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid
berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek
kepada polis.
Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga
Air, Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada jam 2 pagi
ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
“Ketika kejadian lelaki itu membaling
bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan
melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas
beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu,” katanya.
Imam Dua Masjid Telaga Air, Mohd Asri
Harun pula berkata kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal
pagi ini bukan pertama kali berlaku.
Beliau berkata dalam beberapa
kejadian sebelum ini, pihaknya telah membuat laporan polis dan
bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu yang terbabit.
“Kami turut membuat majlis bacaan Yasin
dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi
berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang
orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was,”
katanya.
trp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...