KUALA TERENGGANU – Kerajaan didakwa tidak memberi perhatian wajar dalam
memartabatkan agama Islam di negara ini apabila tidak mengambil serius
terhadap pihak menggunakan Islam tetapi membawa pemikiran terpesong yang
bergerak atas nama NGO.
Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah berkata, perkara itu terbukti apabila pihak yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme berselindung di sebalik NGO yang semakin bertambah dari masa ke masa.
Menurutnya, selain Sisters in Islam (SIS) yang mendapat perhatian ketika ini berikutan tindakan memfailkan semakan kehakiman ke atas fatwa pengharamannya baru-baru ini, banyak lagi NGO lain yang membawa nama Islam namun pemikirannya bertentangan dengan syarak.
“Dari sudut 57 tahun merdeka, ini menampakkan kelemahan kerajaan terhadap kepentingan Islam walaupun di negara ini bebas beragama. Perkara yang tidak sepatutnya ditimbulkan tetapi ditimbulkan.
“Pihak tertentu ketika ini dilihat sewenang-wenangnya membawa misi liberalisme. Tidak kiralah sama ada SIS atau seumpamanya. Mana-mana yang mempertikaikan al-Quran dan hadis adalah sesat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazet SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme serta pluralisme agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada Islam.
Kamaruzaman turut menegaskan bahawa pemikiran yang bercanggah dengan al-Quran dan hadis sebagai sesat sambil menyalahkan kerajaan kerana tidak mampu menangani perkara tersebut walaupun sudah lama negara ditadbir pemimpin Umno.
Jelasnya, perkara sedemikian tidak akan berlaku apatah lagi kewujudan NGO yang membawa nama Islam tetapi pemikiran bertentangan dengan Islam sekiranya kerajaan lantang dalam memartabatkan agama di negara ini. sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...