Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, November 21, 2014

ISU BESAR : Hadis sudah jelas mengatakan sesiapa yang terlibat dengan arak walaupun sedikit, berdosa

http://biz-55.webs.com/Laporan Sinar Harian 19 November lalu.
 KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan tidak teragak-agak merancang mengambil tindakan lebih tegas, termasuk kempen boikot sekiranya syarikat penerbangan MAS tidak menghentikan serta merta caj penjualan arak yang dikenakan dalam tiket pesawat.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penjualan arak juga tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah syarikat penerbangan negara yang mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Menurutnya, umum mengetahui MAS sudah lama menghidangkan arak, namun caj arak yang dikenakan terhadap pembeli tiket sesuatu yang mengejutkan masyarakat Islam.

“Kita mahu tindakan tegas diambil, sesuatu yang tidak dijangka apabila kita juga dikenakan caj arak, difahamkan ia sudah berlaku sejak arak diperkenalkan dalam MAS, ini amat malang.

“Hadis sudah jelas mengatakan sesiapa yang terlibat dalam arak walaupun sedikit berdosa lebih-lebih ia berlaku di  Malaysia yang  didakwa sebuah negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghantar memorandum kepada pihak pengurusan MAS Kelantan yang diwakili oleh Pengurus akaun MAS Wilayah Timur, Ruslan Yaman di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

“Ini bukan isu kecil, ia melibatkan maruah orang Islam, kerajaan perlu mengambil serius dengan menangani isu  yang mengganggu sensitiviti umat Islam,” kata Ahmad Fadhli.

sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...