Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung tulisan “Hebat Sangatkah Adnan?’ yang disiarkan pada 9 November lalu.
Utusan menerima surat 18 November daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman sebanyak RM15 juta, lapor akbar Umno itu.
Utusan tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai saman tersebut memandangkan ia bakal menjadi kes mahkamah.
Perkara itu dinyatakan oleh Awang Selamat, yang dianggap sebagai suara Utusan, dalam kolumnya hari ini.
Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan Adnan baru menghantar pernyataan tuntutan kepada Utusan.
Awang Selamat sebelum ini, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.
Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.
Adnan kemudian dikatakan berang dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.

mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...