KUALA LUMPUR:
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan Tanah Rizab Melayu (TRM)
pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu.
Namun,
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid penghakisan TRM sejak negara
mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali.
"Malah
guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan
TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu,"
ujar beliau dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengambil perhatian berat isu Tanah Rizab Melayu (TRM) yang baru-baru ini dibangkitkan semula.
Pengambilalihan
TRM dengan begitu banyak namun tidak diganti sebagaimana sepatutnya
mengikut Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan, tidak sepatutnya
berlaku.
Pihak berkuasa negeri nampaknya tidak sensitif mengenai
implikasi jangka panjang yang bakal dihadapi apabila aset tanah orang
Melayu terhakis. Kesannya akan juga melibatkan masa depan aset umat
Islam di negara ini akan terjejas.
Kami menegaskan TRM pada
dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu. Namun penghakisan
TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat
dikesali. Salah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu
telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh
masyarakat Melayu.
Kini kenyataan TRM sudah jauh berkurangan dari
keluasan asal tidak mengejutkan. Pentadbiran TRM yang sepatutnya
diuruskan dengan amanah oleh pihak kerajaan negeri ternyata gagal untuk
mengekalkan dan memajukan aset tanah orang Melayu.
Kami ingin
mengingatkan dua objektif utama Rizab Melayu ialah: 1. Menyekat tanah
kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa
cara juapun kepada bukan Melayu dan 2. Menyekat tanah Pegangan Melayu
atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian
(private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Matlamatnya
ialah dengan dua objektif itu diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu
akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.
Kami
berpendirian, dengan pelbagai agensi Islam dan korporat bumiputera yang
ada masakini, TRM tidak sepatutnya dibenarkan dipajak kepada bukan
Melayu selama tempoh tertentu seperti mana yang pernah dicadangkan
sebelum ini. Sepatutnya gabungan agensi dan korporat bumiputera boleh
memajukan TRM untuk kepentingan orang Melayu.
Kami mencadangkan
Majlis Hartanah atau Bank Tanah dengan tabung amanah yang mencukupi
ditubuhkan bagi membeli dan memegang sementara TRM dan kuota Bumiputra
yang hendak dijual. Ini akan mengelakkan dari tanah milik Melayu
terlepas tangan bila orang Melayu tidak mampu memajukannya atau bila
kuota Bumiputera tidak dibeli oleh orang Melayu. Majlis Hartanah ini
boleh membeli hartanah yang sudah dibangunkan supaya memastikan ia tidak
berpindah milik kepada bukan Melayu.
Soalnya kenapa pihak
kerajaan negeri dan persekutuan tidak mengambil inisiatif supaya TRM
dibangunkan oleh agensi khas seperti Mara, UDA, dengan peruntukan khas
dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia? Apakah masalahnya yang
menyebabkan semua agensi ini tidak boleh bergabung sumber untuk
membangunkan TRM?
Kami menggesa agar TRM yang digadai kepada
institusi kewangan atau individu bukan Melayu mestilah diambil alih.
Tidak ada alasan pihak agensi kerajaan tidak boleh berbuat demikian.
Masalahnya ialah pihak berkuasa negeri (PBN) tidak memastikan supaya
apabila dilelong hanya Melayu sahaja boleh membeli. Akibatnya apabila
ini tidak diuruskan dengan baik, akhirnya banyak kes tanah Melayu
terlepas kepada bukan Melayu.
Kami juga meneliti pihak berkuasa
negeri tidak berusaha agar pemilik-pemilik tanah Melayu dibolehkan
mewartakan tanah mereka sebagai TRM, seperti yang boleh dilakukan di
Johor. Urusan penukaran syarat TRM perlu dipermudahkan dengan premium
tambahan yang minimum.
Soal harga pasaran akan menjadi rendah
apabila diwartakan sebagai TRM tidak timbul kerana matlamatnya bukan
untuk dijual tetapi untuk dimajukan dengan dikekalkan pemilikannya di
tangan orang Melayu.
Kami kesal kenapa pengambilalihan dan
penggantian TRM tidak dilakukan dengan serentak sedangkan inilah punca
kenapa banyak TRM semakin mengecil.
Kami juga mendapati TRM yang
telah diambil balik di bawah Akta Pengambilalihan Tanah (APT) 1960 tidak
dikeluarkan dari TRM dan penggantiannya tidak dibuat serentak. Sebab
itu ia mewujudkan keadaan yang sangat mengelirukan iaitu dalam rekod,
TRM tersebut masih wujud tetapi di lapangan sebenar ia tidak wujud lagi.
Hakikatnya TRM tersebut sudah dipindah milik, namun begitu tidak
berlaku penggantian sebagaimana sepatutnya. Akibatnya TRM terus
mengurang.
hd
Masalah tanah Melayu tidak boleh dimajukan berpunca dari pertamanya kekurangan modal dan keduanya kengganan pihak berkuasa melonggarkan syarat-syarat pembangunan yang berkaitan. Di Kampung Baru umpamanya, tanah perlu digabungkan seluas 30,000 kaki untuk boleh dibangunkan. Oleh kerana kebanyakan lot tanah diKG Baru hanya berukuran sekitar 4,000 kaki, polisi tersebut akan meminggirkan 7 dari tiap-tiap 8 pemilik Melayu disitu. Walau pun tanah boleh dibangun secara peribadi, keperluan menyediakan laluan 20 kaki dikeliling tanah yang ingin dibangunkan menjejaskan dengan ketara faedah yang diharapkan. Ketegasan pihak berkenaan berhubung laluan 20 kaki ini sangat menghairankan kerana rumah-rumah terrace dan kedai-kedai sebaliknya boleh dibina secara bersambung dikawasan lain. Harap diingat polisi sedemikian akan hanya merugikan Melayu besar-besaran. Masalah yang sama akan juga menghimpit Melayu diSelayang, Kg Pandan, dan Kg Dato Keramat apabila pembangunan diperluaskan ke kawasan mereka satu hari nanti kerana keluasan tanah mereka tak jauh bezanya dari lot tanah di Kg Baru.
BalasPadam