Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, November 05, 2014

Ajaran Sesat : SIS wajar diharamkan

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpendirian tegas bahawa usaha yang giat dikembangkan SIS dengan menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah satu kesesatan terang lagi nyata.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan ia sama sekali tidak mencapai tujuan Islam diturunkan untuk manusia akhir zaman serta membuka kewenangan kepercayaan, pegangan dan amalan, yakni penyimpangan dari syariat dan manhaj Islam sebenar.

Malah, katanya SIS adalah kewujudan baru atau penyelewengan agama di mana diasaskan oleh tokoh yang disepakati hampir semua ulama sebagai sesat iaitu Amina Wadud.

http://biz-55.webs.com/
Menurutnya, asas Islam yang disesatkan Amina kepada umum dan pernah menimbulkan kontroversi seluruh dunia rupanya disambung di negara ini menerusi wadah SIS.

"Dari bertunjang isu feminisme yang diperjuangkan SIS, golongan ini dilihat semakin berani menyanggah asas-asas Islam pegangan masyarakat negara ini iaitulah mensepakati pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, selain mempermain-main dan menyindir usaha-usaha penegasan syariat Islam kepada masyarakat Muslim negara ini seperti isu tudung wanita di Kelantan, SIS juga mencabar fatwa pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa MAIS sebelum ini kerana berpegang kepada pluralisme dan liberalisme agama.

"Secara terang nyata juga, SIS telah mencabar akidah Islamiyah apabila turut mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah. Bermakna SIS menolak keesaan Allah SWT sebagaimana Surah al-Ikhlas," jelasnya.



Tambahnya, DPPM kesal, SIS bersikap mencabar pihak-pihak berkuasa agama negara ini dan kontradik dengan keterbukaan yang diperjuangkan sendiri apabila gagal menjawab atau menjelaskan segala dakwaan atas mereka terutama berkaitan kesesatan pegangan SIS.

Beliau berkata, SIS hanya berselindung dan beralasan dengan kebebasan bersuara dan hak memberikan pandangan.

"Kesemua tindak tanduk dan pendirian SIS mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi lagi setelah barah ini berpanjangan dan kedegilan SIS mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam negara ini," katanya.

Tegasnya, atas itulah DPPM berdiri bersama dengan keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa MAIS.

hd

2 ulasan:

  1. Sudah sudah lah membuat besar isu isu yang menyentoh pendirian individu2.Jika dikhuatir individu2 terpesong atau tergelincir,tidakkah lebih baik berdialog dan berdakwah untuk perbetulkan pendirian?Dikecam dan dicap secara terbuka sebagai salat akan membuat mereka akan lebih bertegas yang mereka benar sebab mereka dihina terangan.
    Kenapa pejuang2 Islam,konunnya,tidak mau buat bantahan2 bising dan berkesan terhadap penghapusan pekara2 yang terang2 HARAM dan juga merosakkan masyarakat,iaitu Casino,4 ekor,dan sapertinya.
    jika ini dilakukan adalah juga berbaloi jadi pejuang....jika tak hanyalah bedok kosong untuk halau monyet.

    BalasPadam
  2. dalam pas pun nampakya tiada lagi kebebasan bersuara... walaupun saya sedikitpun tidak menyokong sis, tapai nampaknya ruang dan peluang tidak digunakan oleh pimpinan pas secara tuntas memberi pemahaman kpd orangramai. pimpinan suka memberi reaksi terhadap pelbagai isu. tapi jarang nak tunjuk jalan penyelesaian. bagi saya pas gagal memenangi hati orang ramai.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...