KUALA LUMPUR: Pembangkang sengaja mencanangkan cerita
bahawa apabila minyak naik harga barang akan naik untuk menakut-nakutkan
rakyat, kata Ahli Parlimen Bagan Serai (BN) Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau
ketika membahaskan Bajet 2015 berkata, pembangkang terlalu emosional
dalam isu kenaikan harga minyak dan mendakwa tidak faham akan usaha
kerajaan dalam merasionalisasikan subsidi rakyat.
"Bukankah minyak sudah naik lima kali pernahkah berlaku keadaan inflasi yang sukar dikawal?
"Jawapan barang naik kerana minyak naik, ini tidak betul! Saya tidak bersetuju. Saya fikir ini bukan jawapannya.
"Kita ada minyak. Kenapa minyak naik? Minyak kita minyak baik. Kita jual untuk kebaikan rakyat,"katanya.
Ekoran kenyataannya itu beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun dan menyangkal dakwaan itu sambil memohon untuk mencelah.
Ahli
Parlimen PAS Sepang Hanipa Maidin yang diberi laluan membidas Bagan
Serai dan menyifatkan perbahasannya 'penuh dengan guruh tetapi kosong'.
"Tidak perlu panggil orang ekonomi, bagi rakyat biasa pun secara rasionalnya tahu bila minyak naik barang akan naik.
"Takkan tak ada kesan. Tak payah bahas panjang-panjang,"tegas Hanipa yang diikuti sorakan di kalangan Ahli Parlimen Pakatan.
Hanipa
turut mempersoalkan Bagan Serai yang langsung tidak menyentuh soal
rasuah yang berleluasa menyebabkan kerajaan terpaksa merasionalisasikan
subsidi.
"Perlu juga kita perbetulkan struktur, tutup pintu
korupsi dan sebagainya. Ini kerana semakin ramai didedahkan korupsi
semakin banyak orang kaya. Inilah keadaan korupsi negara kita. Kenapa
tidak bangkitkan?"soal Hanipa.
hd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...