Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Oktober 17, 2014

Berita Tengahari : Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan semakin menjadi kenyataan. Allahu Akbar!!!

Datuk Ahmad Yakob
 TUMPAT - Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan semakin menjadi kenyataan apabila prosses perbincangan melalui jawatankuasa teknikal khas antara Kerajaan Pusat dan negeri berjalan lancar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, proses perbincangan itu berada pada fasa terakhir apabila dua mesyuarat lagi berbaki  di peringkat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebelum rang undang-undang Islam itu dibentangkan.

“Kita kini dalam persiapan daripada satu tahap ke satu tahap.

“Ada dua lagi mesyuarat secara rasmi di peringkat Maik sebelum ia (rang undang-undang) dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bank Islam cawangan Wakaf Bharu di sini, semalam.


Semalam dilaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud semasa membuat pergulungan pada sidang Dun Kelantan berkata, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan.

Malah tegasnya, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana ia langsung tidak melibatkan mereka.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga merupakan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berharap pelaksanaan hukum itu yang menunjukkan perkembangan positif ini akan mendapat sokongan semua pihak.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai penggantungan Adun Hulu Klang , Saari Sungip  dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin; beliau berkata, tindakan yang dikenakan itu adalah tepat.
“Tindakan tersebut akan memberi pengajaran kepada ahli-ahli Pas yang lain selepas ini agar tidak mengikuti apa yang dilakukan oleh dua Adun berkenaan.

“Kita dalam berjemaah berpolitik semestinya ada peraturan-peraturan dan juga adab berjemaah. Insya-Allah perkara ini tidak akan berulang,” katanya.

sh

1 ulasan:

  1. Betulka berjamaah...
    Yg hj hadi pi cuba tarik azmin dan umno utk bergabung kenapa tak diambil tindakkan. Ini lebih barua dari barua tau...bapak barua lagi namanya

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...