Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Oktober 08, 2014

Berita Petang : Ulamak PAS Menyelar tindakan penganjur dan pihak penyokong festival arak di Selangor

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyelar tindakan penganjur dan pihak penyokong festival arak di Selangor sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) memandang serius isu penganjuran pesta arak yang sedang hangat diperkatakan dan dilaporkan akan dianjurkan di beberapa tempat di Selangor.

DUPNS juga telah merujuk dan meneliti permohonan-permohonan lesen kebenaran pesta arak tersebut melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mendapati sehingga kini pihak penganjur tidak mendapat apa-apa kebenaran atau kelulusan dari mana-mana PBT di Selangor sama ada untuk mengiklan atau menganjurkan pesta tersebut.

Dalam kenyataan medianya juga DUPNS tidak menafikan hak bukan Islam, tetapi pesta ini dilakukan secara terbuka dan tentunya melanggar juga undang-undang PBT.

“Tanpa menafikan hak bukan Islam untuk minum arak, DUPNS berpendirian bahawa dengan menjadikan ianya sebagai suatu pesta yang bersifat terbuka dan diiklankan kepada umum tanpa sebarang jaminan dari pihak penganjur bahawa tidak ada seorang pun orang Islam yang akan terlibat dalam apa-apa jua usaha ke arah penganjuran atau sebagai peserta dalam pesta tersebut adalah dianggap tidak menghormati sensitiviti masyarakat majmuk yang majoritinya tidak menganggap perbuatan meminum arak sebagai suatu perbuatan yang baik dan bermoral. Tindakan penganjur mengiklan dan menganjurkan pesta tersebut tanpa kelulusan PBT pula dilihat sebagai membelakangi serta mencabar kewibawaan PBT yang bertanggungjawab menguatkuasa & melaksanakan undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah diperuntukkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).”

DUPNS juga meminta pihak penganjur memahami dulu undang-undang yang sedia ada sebelum mempertahankan tindakan mereka.

“DUPNS juga dengan tegas mencadangkan kepada PBT dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor yang baru, berdasarkan peruntukan Bahagian XIII Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) khususnya Seksyen 102 dan Seksyen 103 akta tersebut dengan serius menjadikan peruntukan Seksyen 18 Enakmen 9 Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sebagai syarat utama suatu kelulusan dan kebenaran di dalam Undang-Undang Kecil PBT khususnya Undang-Undang Kecil Perlesenan PBT bagi perkara-perkara yang melibatkan arak dan minuman keras.”

Ekoran penganjuran ini, umat Islam yang mewakili pelbagai peringkat sama ada parti politik, badan bukan kerajaan, mahu pun orang persendirian bangkit menngecam pihak penganjur.

hd

1 ulasan:

  1. Minta izin WM untuk iklan

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...