Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Oktober 01, 2014

Berita Petang : Henti komen mengenai Selangor – TG Nik Aziz

KOTA BHARU: “Kita doakan semoga Allah SWT selamatkan Menteri Besar Selangor yang baru serta anggota-anggota Exconya dunia sampai akhirat,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu beliau berkata, pemimpin, penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat berhenti membuat sebarang ulasan yang berkaitan kerajaan Selangor.

“Melalui cara ini semoga dapat meredakan segala kekusutan yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini ada segelintir pemimpin menyifatkan PAS dibuli DAP dan PKR serta mereka melakukan provokasi bagi menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat secara halus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, dalam tempoh bertenang ini diharap semua pihak sama ada PAS atau PKR hendaklah berdiam diri daripada membuat sebarang ulasan khususnya berkaitan kerajaan Selangor.

“Ada waktu untuk berbincang dan ada pula waktu untuk membuat keputusan.

Buat masa ini beri ruang kepada Menteri Besar serta anggota-anggota Exco yang baru menjalankan tugas dengan baik,” ujarnya.

Beliau diminta mengulas pelantikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru 22 September lalu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin juga melantik tiga Adun PAS sebagai anggota Exco iaitu berkurangan satu berbanding pada era Khalid. Jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor juga diberi kepada PAS.

hd             

1 ulasan:

  1. Aik! Tk kn siAbduh je yg bolih komen dn kritik perkembangan diSelangor. Kn dia kata segala kritikan dn hujjahnya ayah ambo dh setuju. Kan ayah ambo kAta jgn bagi saari dn hasnul guna tiket pas lAgi.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...