KUALA LUMPUR:
Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan jumlah saman trafik yang
dikenakan kepada pengunjung kuliah Jumaat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz
di Dataran Ilmu Kota Bharu sepanjang 2012, 2013 dan 2014.
Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahmad Marzuk Shaary [PAS-Bachok] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau
juga meminta menteri berkenaan menyatakan sejauh manakah budi bicara
polis dalam mengatasi kesusahan meletak kereta bagi ribuan pengunjung
kuliah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kaedah yang diguna pakai oleh
polis trafik dalam mengendalikan kesesakan lalu lintas di mana-mana
majlis ilmu dan ceramah.
Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ali-ahli parlimen PAS yang kain hari ini seperti di bawah.
Dato'
Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan apakah
tahap kesesuaian dan keselamatan landasan keretapi laluan Tumpat-Gemas
dan adakah penjagaan landasan itu mengikut jadual.
Wan Hasan
Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah ada
garis panduan berpakaian ahli sukan wanita Islam semasa menyertai
pertandingan.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana
Menteri menyatakan berapa ramaikah saintis Malaysia yang menyahut seruan
Kerajaan supaya pulang berkhidmat di dalam negara ini sehingga 2013
mengikut negara-negara yang mereka berkhidmat sebelum ini.
Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Kesihatan
menyatakan langkah yang diambil untuk meningkatkan penerangan kepada
masyarakat mengenai penyakit denggi yang kian menular di negara kita.
Dato'
Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah
status keselamatan terkini di wilayah keselamatan yang ditadbir oleh
Eastern Sabah Security Command (ESSCOMM) setelah berlakunya siri
pencerobohan dan penculikan baru-baru ini.
Dato' Dr. Mujahid
Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
berapakah statistik di seluruh negara jenayah gengsterisme yang berlaku
di sekolah mulai 2010 hingga 2014. Apakah punca golongan ini terlibat
dan langkah mengatasi yang diambil Kerajaan.
Dato' Mahfuz
Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana
Jawatankuasa Majlis Bencana Alam yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri untuk menghadapi masalah banjir dan El Nino. Adakah
Kerajaan bercadang untuk mengimport beras untuk bekalan “bufferstock”
beras negara.
Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]
minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menyatakan memandangkan fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga,
Kuala Terengganu jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut
jawapan parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua pembinaan
tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang sama akan
dihentikan melalui „stop work order‟ dari Kementerian.
Dr.
Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan sama
ada pihak Kerajaan benar-benar berhasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan
1948 dan jika benar, jelaskan tarikh sebenar ianya dicadangkan untuk
dimansuhkan.
hd
Bodohnya Soalan Pembangkang nieh yeah
BalasPadamPolis Trafik Tua Yang Benci Islam'
BalasPadamSetiap kali ada program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang melibatkan ramai orang dan kesesakan lalulintas,datanglah polis trafik tua ini dan meletakkan notis saman di kereta-kereta. Beliau akan datang dipertengahan program, kuliah atau ceramah setelah orang tidak ramai melihatnya. Ini termasuklah program resmi kerajaan negeri.
Saya rasa inilah yang dimaksudkan oleh MP Ahmad Marzuk Shaari di atas.
Majoriti anggota polis trafik di Kelantan menjalankan tugas mereka dengan jujur. Ini mungkinlah satu-satunya anggota yang terlalu taksub dengan UMNO yang menjadikan tindakannya "akibat nila setitik rosak susu sebelanga"...
Padam