KUALA LUMPUR:
"Perjuangan kita berteraskan Islam. Justeru itu, asasnya berkait wahyu
Allah Jalla Jalaaluh dan sunnah An-Nabawiyyah," kata Ahli Parlimen
Temerloh, Nasrudin Hassan.
MenUrutnya, ia bukan sebuah
pertarungan melampias 1001 kemahuan, sebaliknya satu tindakan penuh
disiplin atas manhaj dan prinsip jihad untuk meninggikan kalimah Allah
swt.
"Kita wajib berjuang dengan segala upaya yang kita miliki.
Menjadi satu larangan Allah kepada mereka yang berpeluk tubuh dan enggan
berjuang," tulis beliau menerusi facebook.
Justeru, tambah
beliau ambillah apa jua posisi selaras kemampuan dan kekuatan yang
dipersiap tanpa menafikan peranan mereka yang berjuang dalam batas upaya
mereka.
"Salah, jika kita menganggap hanya kita yang berjuang
sebagaimana salahnya kita apabila kita rasa bahawa kita sahaja yang
hebat dan betul," ujarnya lagi.
Namun, jelasnya nilai perjuangan
bukan terhenti dengan demo, gas pemedih mata dan lokap semata-mata,
sebaliknya nilai sebuah perjuangan itu berasaskan kebenaran yang
diperjuang serta keikhlasan dalam memperjuangkannya.
hd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...