KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS menasihatkan
kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang
aktiviti anjuran NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).
Setiausahanya
Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh berkata, Majlis Syura Ulamak memantau
dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat
boleh memecah belah ahli-ahli PAS seperti yang dilakukan oleh NGO
tersebut.
"Selaras dengan peringatan Presiden PAS dalam
penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya
jamaah dalam jamaah, parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulamak memberi
nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti Pasma," kata beliau dalam satu kenyataan.
Dalam
pada itu, Majlis Syura Ulamak juga menggesa kawasan-kawasan dan Badan
Perhubungan Negeri membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS
Pusat dan Majlis Syura Ulamak sekiranya tindak-tanduk seumpama itu juga
berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut.
Majlis
Syura Ulamak juga jelasnya, memperingatkan ahli-ahli PAS tentang
kewujudan perancangan antarabangsa yang bergerak aktif menerusi pelbagai
medium untuk melemahkan gerakan Islam.
Ianya termasuk gerakan
membuang label politik Islam daripada parti-parti Islam, menjadikan
parti Islam hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah dan mengenepikan
perjuangan menegakkan Syariat Islam yang luas merangkumi ekonomi,
sosial, kebajikan dan undang-undang jenayah dengan dikecilkan kepada
kebajikan yang sempit.
hd
Mengarut...!! Yg melemahkn gerakan islam di Malaysia adalah jemaah pas sndiri..x cerdik,berlagak dan sombong...merasa diri hebat...knp gerakan islam di turki blh berjaya? Itu kerana mereka mmpunyai pemimpin yg cerdik dlm masyakat majmuk berbagai bangsa....pemimpin2 islam di turki lebih terkehadapan dlm memperjuang kn hak islam..Walaupn mereka tdk lah berserban dan berubah...x pula sombong mcm pemimpin2 pas yg sntiasa prasaan bgusssssss!
BalasPadam