KOTA BHARU: Mursyidul AM PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat berkata, adalah terserah kepada mana-mana pihak jika mahu
memilih keluar dari parti itu dan parti tidak boleh menghalang.
Bagaimanapun
katanya, jika ahli itu merasa tidak puas hati kerana terdapat perkara
yang dianggap tidak betul, seharusnya mereka membaiki PAS dari dalam dan
bukannya dengan keluar parti.
"Apa boleh buat jika itu pilihan Tamrin," kata ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), di sini hari ini.
Mantan
Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS adalah sebuah parti yang
memperjuangkan Islam dan sepatutnya ia dijadikan medan bagi umat Islam
untuk berkhidmat kepada agamanya.
“Saya sendiri kenal dia
(Tamrin) sewaktu dia membawa ayahnya (Allahyarham Tun Gafar Baba) datang
berjumpa dengan saya dua kali sewaktu arwah masih hidup.
“Tun
ketika itu telah berkerusi roda dan ditolak Tamrin. Datangnya hanya
semata-mata datang dan tidak bercakap kerana mungkin beliau tidak mampu
lagi untuk bercakap,” ujarnya
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Tamrin yang menghantar surat keluar dari PAS semalam.
hd
Nak betulkan dari dalam kena singkir yg top2 dulu. Mungkinkah kalau politik amalan Pas seperti sekarang ini?
BalasPadamsalah parti Pas je yg nmpk..yg len suma parti maksum termsuk dap..presiden Pas ngan ulama kalo nk duk dlm pr kene ikut ckap nuar je..x bole bg idea len..kalo nuar nk wat prk guna duit rkyt suma kene ikut..nuar ngan org cina bole blembut,dgn pemimpin Pas .ini xbole,itu x bole.ak rsa yg patut singkir yg top2 tu parti belah sana..laki cita2 nk jd pm,bini cita2 nk jd mb..ank cita2 nk jd org yg suka meluat kt org agama
BalasPadamParti penabur fitnah dan menikam kawan.TAPI BISU DI PARLIMEN
BalasPadamKadang2 awal umur seseorang itu dia bijak, warak dan penghujung nya di jadi liability atau bebanan yang menyusahkan.
BalasPadamSepatut nya Nik Aziz nasihati Hadi dan terutama Abduh.
Jangan jadi orang tua nyanyok yg guna pamper
Dulu aku undi PAS.Skrg aku harap ada parti Islam yg lain.PAS parti lupa diri dan angkuh bila di beri kemenangan.
BalasPadamKonon kuat, di mana PAS kuat? Adakah kerana memerintah Kelantan yg di menangi bersama Perpaduan Ummah?
Nik Aziz dah nyanyok ni
BalasPadam