TUMPAT:
Pelbagai pihak di sini menyifatkan pemilihan Setiausaha PAS Tumpat, Wan
Rosdi Wan Ibrahim, 57, dalam misi menafikan kekuatan Umno di Dun
Pengkalan Kubor sebagai pilihan terbaik dan tepat.
Ini memandangkan beliau berkhidmat sebagai Penyelia Dun kawasan berkenaan sejak 2009 dan begitu rapat dengan masyarakat.
Ketua
Cabang PKR Tumpat, Shaharun Ibrahim berkata, parti itu berdiri teguh di
belakang calon PAS yang bertanding dalam misi merampas Dun berkenaan
daripada Umno.
“Saya meminta semua penyokong KeADIlan dam
pengundi di sini memilih Wan Rosdi pada 25 September ini. Kami tetap
berdiri teguh di belakang calon yang dipilih bagi menghadapi Umno,”
katanya pada majlis pengisytiharan calon Pakatan Rakyat pilihan raya
kecil Pengkalan Kubor malam tadi.
Pengumuman dibuat Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Calon
BN pula diisytiharkan pada petang Rabu lalu dilakukan Timbalan
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Anggota jawatankuasa Umno Tumpat,
Mat Razi Mat Ail, 49 diumumkan sebagai calon.
Shaharun yang juga
calon PKR di Pengkalan Kubor pada PRU 2013 berkata, pendirian parti itu
jelas bagi membantu rakan-rakan Pakatan Rakyat bertanding dalam
mana-mana pilihan raya.
Seorang penduduk Omar Rahmat, 47 dari Kampung Pak Keran berkata, pemilihan Wan Rosdi sebagai calon PAS sebagai tepat.
“Ini
kerana beliau sudah enam tahun berkhidmat sebagai Penyelia Dun. Ramai
orang di sini kenal kerana beliau begitu ramah dan banyak membantu
menyelesaikan masalah penduduk.
“Jarang orang tidak mengenalinya. Beliau seorang aktivis masyarakat yang bekerja untuk rakyat tanpa mengira masa,” katanya.
hd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...