KUALA SELANGOR, 7 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) perlu terus bersatu
dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap gagasan dibentuk
antara tiga parti komponen iaitu PAS, PKR dan DAP meskipun kemelut
jawatan Menteri Besar Selangor sedang berlaku.
Mengambil contoh di Selangor, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus
Hairi, berpandangan PR mempunyai perancangan cukup baik, namun
disebabkan kemelut timbul mutakhir ini sedikit sebanyak memberi gambaran
bahawa gabungan itu sudah terumbang-ambing.
“Perancangan
dan program yang ada sudah cukup baik, tetapi dengan kemelut yang
berlaku seolah-olah PR ini sudah terumbang ambing sehingga sedikit
menjejaskan keyakinan rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau juga tidak menafikan isu yang timbul sedikit sebanyak
menggugat pentadbiran negeri, apatah lagi Selangor kini diuruskan hanya
dengan kekuatan empat orang Exco.
Katanya walaupun tidak dinafikan kerjasama daripada anggota penjawat
awam cukup baik, namun kemelut politik yang berlaku sedikit sebanyak
mengganggu kelicinan pentadbiran negeri.
“Kalau dalam jangka masa pendek mungkin kita tidak terasa tapi dalam
jangka masa panjang, banyak program yang kita rancangkan itu juga akan
sedikit terencat sebab kita terpaksa tanggung program dari stanco lain,”
katanya lagi.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...