Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, September 14, 2014

Berita Baik : TG Hadi Awang masih mahu Khalid kekal MB Selangor

 

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

"Agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri (Hadi) akan memantau kelemahan Khalid," kata Nik Nazmi.

Malah, Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai MB, katanya lagi dalam kenyataannya.

Menurut Nik Nazmi, Hadi menyatakan demikian dalam pertemuan dengan beliau dan juga Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pagi semalam.



"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor.

"Meskipun isu pelantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima Sultan Selangor," katanya lagi.

Nik Nazmi berkata, pertemuan di antara para ketua sayap pemuda itu merupakan usaha untuk menyelesaikan hubungan dalaman Pakatan.

Krisis berhubung calon pengganti Khalid itu masih berlarutan selepas Khalid dipecat dari PKR dua bulan lalu dan menjadi menteri besar bebas.

mk

2 ulasan:

  1. Orang sakit otak memang selalu cakap melalut. Hari lain esok lain lusa lain. Lebih kurang giler lh ikut bahasa yang mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan gila tapi dia persaan yang partinya memerintah selangor ,Dai tak ingat bahawa partinya hanya ada 15 dun dan lari 2 dun yang tinggal 13 dun sahaja.Melalut kot?Tak tahu apa kena dengan dia ni.Di aharp Hj,Hadi bawak je keluar Pas tu dari PR.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...