SHAH ALAM, 23 SEPT: Empat anggota Exco PAS yang terus berkhidmat
dalam Kerajaan Negeri di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak wajar
digelar pengkhianat.
Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menegaskan empat orang Exco PAS ini
sebaliknya melakukan pengorbanan besar dalam memastikan Kerajaan PR
terus berfungsi tanpa pembubaran DUN di Selangor.
Katanya,
beliau yakin kesemua mereka mempunyai semangat setiakawan namun
terpaksa kekal dalam Kerajaan Negeri demi kepentingan PR.
“Semua pihak termasuk DAP perlu melihat dalam kerangka besar dan
hasilnya hari ini kita menyaksikan proses pertukaran MB yang lancar
tanpa risiko pembubaran DUN.
“Sudah-sudahlah mengungkit kisah silam. Semua pihak mempunyai
kesilapan masing-masing. Terus mara ke hadapan dalam suasana muafakat
yang utuh,” katanya dalam status Facebook hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kekesalan dan
menganggap empat Exco PAS sebagai pengkhianat apabila terus kekal di
bawah bekas Menteri Besar, Abdul Khalid yang disingkir PKR.
Mengulas perkembangan lain, Suhaizan berharap pelantikan Adun Bukit
Antarabangsa, Azmin Ali yang diperkenan menjadi Menteri Besar baru hari
ini dapat menutup krisis jawatan itu.
“Semoga sentiasa dalam pertolongan Allah SWT menggalas amanah berat di negeri termaju dalam Malaysia ini.
“Pemuda PAS Malaysia berharap agenda kebajikan anak muda diberi perhatian serius di bawah pentadbiran beliau,” katanya lagi.
sk
nak di gelar apa kalau bukan PENGKHINAT kepada rakan sepakatan.Nak di gelar PEJUANG ? porrrraaaahhhh .Tak payah tanya pelajar tingkat 3 tanye je kepada budak kelas 3.mereka tau adun ni tak bolih buat kawan
BalasPadamMasa tu kena wala' dgn sidia tu kalau tidak kan kena walat maklumlah. Berani buat berani tanggung. Inilah politik. Kami bangga dgn 2 hero pas tiba-tiba muncul untuk menyelamatkan kerajaan pilihan rakyat yang telak dinodai oleh pakatan UG. Terima kasih ya Allah kau menndatangi 2 orang hamba mu yang sangat tulus dan tahu menghargai erti persahabatan yang termetrai.
BalasPadam