SHAH ALAM, 12 OGOS: Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan
Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata beliau akan
meneruskan tugasnya sebagai exco Kerajaan Negeri seperti biasa seperti
mana yang diarahkan PAS Pusat.
“Saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai exco sehinggalah
sekiranya ada arahan baru dari pusat selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa
PAS Pusat pada 17 Ogos nanti,” kata beliau ketika dihubungi Selangor
Kini.
Jelas
beliau, langkah itu diambil bagi memastikan kepentingan dan
perkhidmatan kepada rakyat di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim dapat dijalankan seperti biasa.
Penjelasan itu dibuat ekoran beberapa pihak yang mahukan Abdul Khalid
dipecat sengaja menimbulkan pelbagai andaian ekoran ketiadaan Exco PAS
dalam sidang media Abdul Khalid semalam.
Tambah Dr Ahmad Yunus lagi, pihak beliau juga bersedia bertemu Abdul
Khalid pada bila-bila masa apabila menerima isyarat dari Pejabat Menteri
Besar.
Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam dan Pemodenan Pertanian, Sallehen
Mukhyi berkata, beliau menjalankan tugasnya seperti biasa demi amanah
yang diberikan rakyat dan Kerajaan Selangor.
Pembantu Khas Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka
Bandar, Kamarulzaman Ahmad Noh pula memberitahu Iskandar Samad turut
menghadiri program-program yang sudah diaturkan sebelum ini.
“Hari ini YB Iskandar akan menghadiri Mesyuarat dengan Lembaga
Perumahan selangor dan esok dia akan membentangkan kertas kerja juga
bersama Lembaga Perumahan. Tiada masalah kita kerja macam biasa,” kata
Kamarulzaman.
Sementara itu, dalam satu mesej menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)
yang dihantar Pembantu Khas Dr Halimah Ali turut menyatakan Exco
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor itu kekal
bertugas seperti biasa.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...