KLANG, 6 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
menjelaskan beliau sudah membalas surat tunjuk sebab dihantar Parti
Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dakwaan timbulnya soal integriti beliau
termasuk kes yang membabitkan Bank Islam.
Abdul Khalid turut memaklumkan pegawai kanannya menghantar surat
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat
dakwaan salah laku integriti seperti yang didedahkan sebelum ini.
“Saya
sudah balas tersebut apabila mereka mendapat surat tersebut atas dasar
ketelusan, dia akan memuat turun surat itu untuk perhatian ahli parti
PKR.
“Saya sudah hantar dokumen penuh yang ditulis PKR kepada SPRM, adalah
lebih baik saya tidak ulas memandangkan nama Bank Islam disebut dalam
perkara ini.
“Saya secara peribadi akan menulis kepada Bank Islam berkenaan perkara ini,” katanya kepada media.
Mengulas berkenaan desakan beliau untuk meletakkan jawatan selepas
terdapat sokongan untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ,
Abdul Khalid berkata akan mengadakan sidang media, selepas 10 Ogos ini.
“Saya merasakan itu kenyataan sendiri. Saya akan membuat sebarang tindakan selepas saya dapati kesahihan dan keputusan.
“Difahamkan 10 Ogos ini akan ada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat dan saya akan buat kenyataan akhbar selepas itu.
Abdul Khalid berkata, beliau menganggap situasi kini sebagai asam garam politik dalam negara ini.
“Seronok berhadapan desakan kini. Apa yang sana nak lakukan memberikan saya azam untuk bekerja bagi rakyat Selangor.
“Desakan begini membuatkan saya perlu melakukan tugas dengan lebih cepat, tertib dan lebih betul,” katanya.
Baca jawapan surat tunjuk: klik di sini
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...