Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Jumaat, Ogos 08, 2014
MB SELANGOR DEDAHKAN NASIHAT DAN TUJUK AJAR DARI TG NIK AZIZ KEPADANYA.. ALLAHU AKBAR!!!
SHAH ALAM, 8 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan niatnya untuk membuang golongan ahli politik ‘munafik’ selepas mendapat nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi mantan Menteri Besar Kelantan itu baru-baru ini.
Abdul Khalid berkata, sebaliknya beliau dinasihatkan agar sentiasa bersabar dengan memelihara maruah golongan itu dengan sama-sama membantu memperbaiki diri masing-masing.
Kata Abdul Khalid, beliau akan mencuba sedaya upaya bagi melaksanakan nasihat Nik Aziz itu walaupun beliau sendiri tidak pasti sama ada mampu melaksanakan tugasan mencabar itu.
“Saya diberi satu tugas yang sungguh berat, saya belajar daripada Tuan Guru dengan menunjukkan begitu sabarnya, kebijaksanaan, tingginya maruah Islam itu sehinggakan orang yang dibencinya pun dapat digunakan untuk meningkatkan Agama Islam.
“Beliau kata dalam politik ni banyak hipokrit, banyak munafik. Jadi bila saya faham itu, saya ingat nak suruh saya hapuskan munafik. Rupanya tidak. Dia kata, ‘Datuk Menteri Besar, kita mesti jangan malukan munafik, kita sabar. Kita sama-sama betulkan dia. Jangan takut,” kata Abdul Khalid.
Abdul Khalid berkata demikian dalam Majlis Solat Hajat Perdana Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini, malam tadi.
“Saya rasa betul-betul nak buang munafik semua. Rupanya dia (Nik Aziz) ingatkan saya Rasullullah S.A.W telah dapat menjalankan tugas, meningkatkan syiar Islam dengan pemimpin Islam itu dengan tidak menjatuhkan maruah orang lain walaupun dia jahat sekali mana pun tetapi dengan membetulkannya,” kata Abdul Khalid.
Abdul Khalid berkata, kejayaan diraih Selangor ketika ini bukanlah terletak pada kekuatan politiknya tetapi lebih penting faktor pemimpin Islam yang mampu mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, amanah dan adil kepada semua.
Ketika menyentuh reaksi masyarakat Selangor berhubung isu politik Selangor yang semakin hangat, Abdul Khalid melahirkan rasa terharu apabila kerap didatangi pelbagai lapisan masyarakat yang menyatakan sokongan dan nasihat agar meneruskan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
Sementara itu, dalam Majlis Solat Hajat Perdana Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah yang dianjurkan NGO, Geng Ustaz dan Dewan Pemuda PAS Selangor malam tadi dihadiri kira-kira lebih 500 orang.
Turut hadir dalam majlis malam tadi, Exco Agama; Sallehen Mukhyi, Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, beberapa orang besar daerah, orang besar istana serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...