SHAH ALAM, 24 OGOS: Kerajaan Negeri sentiasa memastikan semua
golongan rakyat di negeri itu dapat menikmati hasil negeri tanpa mengira
agama, kaum atau pun fahaman politik.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini dibuktikan
apabila Kerajaan Negeri turut menyumbangkan bantuan kewangan kepada
sekolah agama, Tamil dan Cina sejak 2008 lagi.
“Program
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mula berjaya memberikan pendapatan
dan hasil kepada semua rakyat tak kira kaum, agama dan parti kerana
tujuannya duit rakyat mesti sampai balik kepada rakyat,” kata Abdul
Khalid malam tadi.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan
Kepada Sekolah-sekolah Persendirian Cina Negeri Selangor 2014 yang
diadakan di Sekolah Menengah Chung Hua di sini.
Jelas Abdul Khalid, ini dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri
bersedia menghulurkan sumbangan kepada sekolah-sekolah agama, Cina dan
Tamil setiap tahun sejak 2008 lagi.
Kata Abdul Khalid lagi, Kerajaan Negeri akan terus memastikan rakyat
negeri ini menikmati manfaat pelbagai program yang dijalankan termasuk
kesan dari penyusunan semula industri air Selangor di masa hadapan.
Beliau menjelaskan, faedah dari penyusunan semula industri air
Selangor akan dikembalikan kepada rakyat negeri itu seperti meneruskan
skim pemberian air percuma dan memberi peluang kepada rakyat memiliki
saham syarikat terbabit.
“Tidak guna kalau jadi negeri kaya kalau rakyatnya tidak dapat menikmati hasil negeri,” kata Abdul Khalid lagi.
Beliau juga berterima kasih kepada pihak sekolah Chung Hua kerana
berjaya menguruskan sumbangan Kerajaan Negeri dengan cekap sekaligus
memberi manfaat kepada pelajar mereka.
sk
Rahsia Pancutkan Isteri Tersebar !!
BalasPadam‘Mantap Bro’ - This Is What Women Really Want !!
Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!
KLIK HERE !!
dah kena kutuk barulah sibuk gunakan kekayaan selangor utk rakyat dulu serupa hj bakhil
BalasPadam