Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Ogos 30, 2014

Berita Pagi : Malaysia bukan merdeka yang sebenar - TG Hadi Awang

Hadi Awang

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kemerdekaan negara ini bukan yang sebenar ekoran masih terikat dengan sistem kehidupan dan bernegara penjajah.

Menurutnya, pemerintahan yang ada kini hanyalah sekadar penyambung misi dan visi penjajah tanpa mereka perlu berada di sini.

"Pemilihan tema sambutan kemerdekaan oleh Pas, 'Malaysiaku...Minda Merdeka' tepat dan sesuai dengan keadaan yang berlaku di negara sekarang.

"Kerana bukan kemerdekaan yang sebenar apabila sesebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan tetapi masih terikat dengan segala sistem kehidupan dan bernegara mahupun undang-undang peninggalan penjajah walau yang memerintahnya adalah dari kalangan anak bangsa sendiri," katanya yang dipetik melalui perutusan kemerdekaan.


Melalui perutusan sama, beliau mengingatkan agar barisan nama tokoh-tokoh kemerdekaan yang tidak didendang turut diingati terutama oleh generasi muda.

Katanya, setiap kali sambutan hari kemerdekaan, hanya nama yang sama disebut-sebut sebagai tokoh kemerdekaan negara.

"Tiap kali menyambut kemerdekaan negara, hanya nama-nama sepeti Tunku Abdul Rahman, Datuk On Jaafar yang dinobatkan sebagai Tokoh Kemerdekaan tanpa menafikan peranan dan jasa mereka.

"...di sana terdapat ramai lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Nama seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Janggut, Dr Burhanuddin AlHelmi serta ramai lagi tidak harus dilupakan oleh generasi mendatang sebagai penyumbang kepada kemerdekaan negara," katanya.

sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...