KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang
di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak
disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.
Dalam
kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr
Haron Din itu menyatakan,
keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak
dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan
individu dan parti.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika
sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak
yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali
kedudukan Khalid.
Berikut adalah kenyataan penuh.
Kenyataan Majlis Syura Ulamak
Merujuk kepada
Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2)
bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan
syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,
Maka,
Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435
bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan
hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului
kepentingan individu dan parti seperti berikut:
"Bahawa jawatan
Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh
ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri
Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua
selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang
pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu
digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri
Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Jika sekiranya
ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang
berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia
untuk menilai kembali kedudukan beliau.
Majlis Syura Ulamak
menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan
prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam
perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .
Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
hd
Sejak bila Majlis Syura Ulamak membuat keputusan untuk seorang ahli PKR.......macam mana nak jalan hukum hudud kalau isu macam ni pun dah melencong.....
BalasPadamPAS bagi maklumbalas sebagai salah sebuah parti komponen dlm PR, bukan krn TS KI ni ahli PKR. Sebagai salah satu parti kenalah respon bila ada kemelut, takkan nak duduk diam aje.
PadamBila PKR mintak tangguh hudud xder plak melalak....tapi bila PAS mintak tangguh tukar MB...melalak giler...PKR lebih mulia dari Quran rupanya....cisss
BalasPadamALHAMDULILLAH!! MAJLIS SYURA ULAMAK PAS MAHU TS KHALID IBRAHIM KEKAL MB SELANGOR.. ...... @ aiyoh2 keputusan PKR utk menentukan keahlian sendiri tidak kena menggena dgn mana2 parti tapi majlis syura ulamak yg buat keputusan . penyibuk & goblok !
BalasPadamkalu gitu ropenye, lantik je din ayam atau tantawi vellfire jadi MB kita nengok PRU 14 siapa yg kene...
BalasPadamMajlis bodoh nak mampus.
BalasPadam