HULU LANGAT, 25 JULAI: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris
Shah bertitah supaya seluruh rakyat melupakan sementara segala ideologi
serta fahaman politik.
Baginda bertitah, rakyat perlu menumpukan sepenuhnya perhatian kepada
amal ibadat dan bersatu padu serta mengukuhkan silaturrahim antara satu
sama lain.
Dengan itu, titah baginda, rakyat akan mendapat faedah serta kebaikan daripada Allah.
“Oleh
yang demikian, marilah kita berfikiran positif, bersangka baik, serius
dan ikhlas dalam melaksanakan segala kewajipan serta tanggungjawab
kepada keluarga, agama juga negara.
“Beta harap kita semua akan dapat menunaikan amanah yang
dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin,” titah baginda di hadapan
hampir 1,000 hadirin ketika majlis berbuka puasa bersama rakyat dan
perasmian Masjid Teras Jernang, di sini, semalam.
Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin
Mohd Saad.
Selain itu, baginda turut menyampaikan ucapan selamat hari raya aidilfitri bagi tahun 1435 hijrah kepada seluruh rakyat.
“Semoga
rakyat beta dapat menyambutnya dengan keadaan yang selamat dan
sejahtera. Beta juga berharap seluruh rakyat sentiasa berhati-hati dan
berwaspada ketika memandu walau di mana berada,” titah baginda.
Pada majlis sama, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan
kepada 300 orang penerima fakir dan miskin, 150 saudara baru serta 148
anak yatim.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...