SHAH ALAM, 24 JULAI: Rakyat Selangor terus menzahirkan sokongan
kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu berkenaan jawatan Menteri
Besar.
Melalui satu ‘polling’ yang mula dilakukan sejak semalam di poll.pollcode.com, Abdul Khalid terus mendahului dengan peratusan yang tinggi.
Setakat
jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya
iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Dengan ‘caption’ Suara Rakyat Selangor, undian itu turut meletakkan
tiga pilihan lain iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri
Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Azmin Ali dan pilihan terakhir
iaitu semua DUN dibubarkan.
Wan Azizah hanya beroleh 399 undian (11%), Azmin 75 (2%) sementara 241 lagi (7%) memilih untuk DUN Selangor dibubarkan.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR memutuskan memilih Wan
Azizah sebagai Menteri Besar Selangor untuk melengkapkan ‘Langkah
Kajang’ bagi menggantikan Abdul Khalid, pada 21 Julai lalu.
Pengumuman
yang dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun
menerima reaksi kurang senang di kalangan rakyat yang mempersoalkan
keperluan pertukaran itu.
Tinjauan Selangor Kini semalam mendapati kebanyakan rakyat menuntut
penjelasan dan alasan Abdul Khalid perlu diganti memandangkan beliau
mempunyai ‘track record’ cemerlang dan bersih sehingga kini.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...