Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pertemuan seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan kedua-duanya adalah pemimpin tertinggi negeri dan negara.
Katanya, pertemuan itu juga tidak harus dilihat melalui skop politik dan perlu dilihat secara lebih terbuka.
“Takkan dia (Abdul Khalid) tidak boleh berjumpa dengan Perdana Menteri. Takkan semua benda kita nak tengok daripada lensa parti.
“Jadi, saya tidak nampak apa-apa isu yang besar, saya juga baik dengan kawan Umno,” katanya dalam sidang media di Dewan Annexe di sini, hari ini.
Semalam, BERNAMA melaporkan Abdul Khalid menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong yang turut dihadiri Najib.
Najib dalam kenyataannya berterima kasih dengan kehadiran Abdul Khalid dan berkata beliau boleh bekerjasama dalam pelbagai perkara selain menyifatkan perkara itu sebagai satu permulaan baik.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...