KUALA LUMPUR 10 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak polis kerana
masih gagal mengambil tindakan tegas terhadap segerombolan samseng Umno
yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan beberapa
insiden serangan yang lain.
Ketua Umum KEADILAN itu mempersoal mengapa Kementerian Dalam Negeri
(KDN) tidak mahu bertegas terhadap tingkah laku itu yang sebelum ini
turut dilabel pihak kerajaan sebagai ‘kurang ajar’.
“Kita
persoal bidang kuasa menteri dan jaminan itu kerana serangan
segerombolan tertentu ini belum ada tindakan tegas daripada kerajaan.
“Saya ambil contoh umpamanya Ketua Polis Negara pada 23 Mei lalu
memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap orang yang
menceroboh DUN Pulau Pinang atas alasan demi kepentingan Melayu dan
mempertahankan maruah Islam.
“Tetapi setelah Peguam Negara memberi jaminan begitu, tindakan itu
tidak menampakkan apa-apa kesungguhan. Menceroboh DUN sepertimana
menceroboh Parlimen, sedikit pun Speaker tidak mengambil tindakan tegas,
sedangkan undang-undang harus dipatuhi tanpa mengira parti,” kata Anwar
bertanyakan perkara itu kepada Timbalan Menteri KDN di Dewan Rakyat,
semalam.
Sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, insiden seumpama itu perlu
dihentikan kerana dibimbangi aksi pihak terbabit yang dibiarkan itu akan
berulang.
“Saya harap KDN jangan berlengah dalam hal ini. Ini juga berkaitan
tindakan membaling molotov koktail kepada beberapa gereja termasuk di
Lebuh Fakuha, Pulau Pinang dan yang terakhir serangan terhadap Ibu
Pejabat DAP di Kuala Lumpur dan Kuantan baru-baru ini.
“Kita dengar jaminan Timbalan Menteri di dalam Parlimen bahawa ada
peruntukan undang-undang, dan ada suara di sebelah sana yang menyatakan
ada sikap kurang ajar (terhadap pencerobohan itu), sekarang jawablah?
“Soalnya, saya telah tegaskan bahawa kita tunggu tindakan, tapi tiada tindakan tegas, kenapa ini berlaku?” kata Anwar.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen
Santubung, Datuk Dr Wan Junaidi menjawab: penentuan tindakan yang
diambil adalah di bawah bidang kuasa mutlak Speaker dan mengikut
peraturan Dewan itu sendiri.
kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...