Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menjanjikan skim pinjaman mudah RM100 juta dalam Belanjawan 2014 tetapi wangnya masih tidak kelihatan, dakwa seorang anggota Parlimen DAP.
Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) berkata, beliau cuba mencari skim untuk untuk kawasan parlimennya tetapi dimaklumkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bahawa ia masih belum dilancarkan.
“Sejak belanjawan itu diluluskan di parlimen pada Disember tahun lalu, hingga hari ini, dana itu masih belum bermula.
“Saya tanya BSN berhubung permohonan skim itu tetapi mereka kata tidak menerima sebarang peruntukan untuk memulakan skim itu,” kata Khoo kepada Malaysiakini.
Dalam Belanjawan 2014, Najib berkata, bagi membantu peniaga pasar malam, kerajaan akan mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana sebanyak RM100 juta bawah kendalian BSN.
Katanya, skim pinjaman mudah itu akan mengenakan kadar faedah empat peratus dengan pinjaman maksimum sehingga RM30,000.
Kemudahan itu, menurutnya lagi, bertujuan menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan.
mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...