SHAH ALAM 20 JUN: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin
berkata beliau tidak menolak kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat.
Zainuddin
menulis diblognya di zamkata.blogspot.com menyatakan khabar angin
sedang bertiup kencang di seluruh tanah air mengatakan Muhyiddin akan
hilang daripada rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, Muhyiddin meletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan
akan digantikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, iaitu Menteri
Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.
“Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.
“Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan
perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal,” katanya, dipetik
media Selangorku.com.
Katanya mengasaskan khabar angin ini tersebar dengan luasnya kerana
beliau banyak menerima pertanyaan mengenainya dari utara , selatan dan
timur tanahair.
“Dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan
Gerakan dan khabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan
berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk
Nazri Aziz,” katanya.
kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...