Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika
mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri
di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 29 Jun 2014, bagi
mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan
Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab
(pengiraan secara matematik dan astronomi).
mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...