KUALA LUMPUR 30 JUN: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai
insiden kepala lembu yang diletak di hadapan rumah Adun Pulau Pinang,
RSN Rayer seolah-olah menggalakkan keganasan dan membenarkan jenayah.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Zahid sebagai
seorang menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian,
apatah lagi beliau merupakan menteri dalam negeri.
“Kenyataan
Zahid menggambarkan dia tidak melihat kejadian itu sebagai jenayah dan
hanya membiarkan saja tindakan itu dilakukan. Zahid sebagai menteri
bertanggung jawab, sepatutnya mengarah polis menjalankan siasatan
segera.
“Kenapa perlu keluarkan komen yang menggalakkan lagi permusuhan
antara rakyat, tambahan lagi ia menyentuh sensitiviti penganut agama
lain,” ujar Fahmi.
Zahid sebelum ini dipetik berkata, insiden itu sebagai ‘harga’ yang
perlu dibayar RSN Rayer, berhubung kenyataannya yang menggelarkan
beberapa pemimpin Umno sebagai ‘celaka’pada sidang DUN bulan lalu.
Kenyataan itu dibuat Zahid susulan kejadian pihak tertentu meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP itu, baru-baru ini.
Zahid sebelum ini juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan
kontroversi seperti mewajarkan tindakan anggota polis menembak suspek
penjenayah, yang turut dibidas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Justeru, Fahmi berkata, adalah lebih baik Zahid Hamidi meletak
jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri jika tidak lagi berminat memastikan
keharmonian negara terjamin.
“Lebih baik Zahid meletak jawatan, kerana daripada
kenyataan-kenyataan, ia hanya mengambarkan Zahid tidak lagi berminat
untuk pastikan negara ini aman.
” Banyak komen yang dibuat Menteri Dalam Negeri itu seolah-olah
menggalakkan keganasan daripada memupuk keharmonian,” tegas Fahmi lagi.
kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...