KUALA LUMPUR, 6 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
komited dalam menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik bagi
membuka peluang lebih luas kepada rakyat Selangor memiliki kediaman.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha
itu dapat dilihat apabila PKNS dijangka membina 31,086 unit rumah mampu
milik dengan sumbangan hampir RM3 bilion kepada Kerajaan Negeri pada
tahun 2008 hingga 2030.
“PKNS dikenali dengan usahanya membangunkan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perniagaan, pelaburan dan pembangunan usahawan.
“Beralih
ke fasa baru, PKNS kini menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik
melalui program pemilikan Rumah Idaman PKNS atau di peringkat negeri
dikenali sebagai Rumah Selangorku.
“Sehubungan ini, patik amat menggalakkan PKNS supaya menjalani perniagaan lebih bebas tanpa dibayangi Kerajaan Negeri,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian ketika mempersembahkan ucapan
alu-aluannya kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
di Majlis Perasmian Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang di sini, malam
tadi.
Katanya,
usaha itu membolehkan PKNS berkembang sebagai perbadanan lebih berdaya
maju dan mampu bersaing dengan syarikat swasta lain, sekali gus menjana
keuntungan lebih besar dan menyalurkan kembali kepada rakyat Selangor.
Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS turut berbangga terhadap
kejayaan demi kejayaan yang ditempa perbadanan yang bakal berusia genap
50 tahun pada 1 Ogos ini.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...