SHAH ALAM 31 MEI: Seluruh saf kepimpinan dan keluarga PKR mendoakan
agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi akan cepat sembuh dan pulih.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata
PKR menerima berita itu malam tadi bahawa Abdul Hadi sedang menerima
rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi,
Istanbul, Turki akibat masalah kesihatan serius yang beliau alami.
“Sejurus
menerima berita ini malam tadi, DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang
merangkap Ketua Umum PKR telah menghubungi Pejabat Recep Tayyip Erdogan,
Perdana Menteri Turki.
“Pejabat Perdana Menteri Turki telah memberi jaminan untuk memberi bantuan sebanyak mungkin kepada Abdul Hadi,” kata Fahmi.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta
semua ahli dan penyokong PAS bertenang serta berdoa agar kesihatan
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kembali pulih.
Beliau memberitahu Presiden PAS sekarang berada di hospital di Istanbul dan dalam pemantauan pakar-pakar perubatan.
“Kita mendoakan agar Tuan Guru pulih dan dapat kembali ke Malaysia untuk terus memimpin parti.
“Kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS terus berdoa agar kesihatan Tuan Guru kembali pulih,” jelasnya
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...