KUALA LUMPUR 17 MEI: Biro Kepenggunaan KEADILAN mempersoalkan
bagaimana Tenaga nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian sedangkan
syarikat tersebut setiap tahun mencatat keuntungan bersih berbillion
ringgit.
Pengerusinya,
Yahya Sahri berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
yang mendakwa kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi
syarikat utiliti itu daripada berdepan kerugian adalah tidak relevan.
“Kewangan TNB tak pernah terjejas, kerana banyak permintaan untuk
menggunakan elektrik ini, jadi saya tak nampak dari aspek apa yang TNB
ini rugi,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
TNB mencatat keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM4.16 bilion
bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos tahun lepas, berbanding RM 4.41
bilion tahun sebelumnya.
Tambah Yahya, kenaikan tarif elektrik adalah satu cara kerajaan
mempergunakan TNB sebagai mangsa bagi menampung hutang negara yang kian
bertambah.
“Sekarang ini ekonomi negara kita di tahap yang parah, kemungkinan
besar TNB sumber menampung hutang negara. Dengan cara ini, dana dapat
dikumpulkan dengan cepat dan kerajaan akan gunakan untuk tanggung kos
hutang tersebut,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa, kenaikan ini akan membebankan rakyat
yang terpaksa membayar eletrik dengan harga yang tinggi, dan rakyat
sekali lagi menjadi mangsa pentadbiran Najib.
“Rakyat akan terus hidup susah di bawah pentadbiran Najib. Najib akan
sentiasa mengeluarkan kenyataan pelik yang akan mencelarukan hidup
rakyat, PM ni bukan nak jaga rakyat tapi nak hancurkan rakyat
habis-habisan,” ujarnya.
kd
Peningkatan tarif letrik tidak melambangkan kebijaksanaan pengurusannya yang khusus diperingkat tertinggi. Belanjawan TNB barangkali amat boros dan melulu. Gaji pegawai atasan tinggi sangat tidak sejajar dengan khidmat dan guna tenaga yang dicurahkan. Theori pengurusan melampaui kemampuan yang tidak setara. Kalaulah boleh pengurusan letrik ini diperluaskan lagi kepada lain-lain organisasi, pastinya TNB bakal ketinggalan. Terlampau berpolitik sehingga melindungi korporat yang lemah.
BalasPadamTNB anggap untung yang sedikittu masih dikira rugi.mana tanggungjawab sosial syarikat2 besar ni yer.rupanya kalu nak untung besar tipu jer rakyat.
BalasPadamrakyat malaysia memang mudah ditipu... kesian.
BalasPadam6 bulan bonus lagi...pi mampus dgn rakyat janji kami masyuk
BalasPadam